Assalamualaikum sahabat semua..
Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini dengan segala nikmat dan kurniaan-Nya yang melimpah ruah. Marilah bersama-sama kita merafakkan kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan. Pada hari ini, saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda. Adakah anda sudah mahir menggunakan blog? Ataupun anda masih lagi tertanya cara memasukkan widget ke dalam blog? Ayuh kita teliti tutorial yang akan saya paparkan di sini, iaitu cara-cara memasukkan widget ke dalam blog :) Kebiasaannya widget akan diletakkan di bahagian tepi blog sama ada di sebelah kanan mahupun di sebelah kiri, ianya bergantung atas pilihan anda sendiri.
1) Pertama sekali, untuk memasukkan widget tersebut, anda perlu mendapatkan script HTML widget yang anda inginkan seperti jam, chat box, slide show, gambar dan lain-lain lagi. Apabila anda sudah mendapatkan script HTML tersebut, anda perlulah “Copy” URL tersebut.
2) Selepas anda berjaya mendapatkan script HTML tertentu, anda perlulah klik di bahagian 'Layout'. Maka, akan terpampanglah paparan seperti gambar di bawah ini:
3) Kemudiannya, anda perlu menekan “Add a Gadget” yang berada di sebelah kanan anda. Apabila anda sudah menekannya, maka akan terkeluar pula paparan yang meminta anda untuk membuat pilihan. Jadi, dari situ, anda perlu menekan HTML/ JavaScript.
4) Sejurus selepas itu, anda dikehendaki “Paste” kembali URL widget yang telah diambil daripada mana-mana laman web yang berkaitan di ruangan “Content”. Lalu, anda bolehlah menulis tajuk bagi widget berkenaan mengikut kesukaan anda. Selepas itu, anda perlulah menekan butang “Save” pula untuk menyimpan atau mendapatkan widget tersebut di blog anda.
5) Setelah anda “Save” widget tadi, maka untuk melihatnya kembali di paparan blog, anda bolehlah menekan “View Blog” ataupun anda boleh memilih untuk “Preview” sahaja di blog anda.
6) Sekiranya widget yang anda pilih dan save sebentar tadi terpapar di blog anda, maka ini bermakna anda telah berjaya memasukkan widget ke dalam blog. Tahniah dan syabas diucapkan. Selamat mencuba kawan-kawan. Sekian, terima kasih. :)